Gema Semua Maklumat

Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya

Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya

RIYADH, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Kerajaan Arab Saudi akan merekrut pendakwa raya wanita dan meletakkan mereka di kedudukan yang sama seperti pendakwa raya lelaki, kata Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al-Mojeb.

Al-Mojeb berkata, ia bertujuan melindungi privasi wanita dalam isu-isu yang memerlukan khidmat pendakwa raya wanita.

Katanya, pengambilan pendakwa raya wanita itu juga selaras dengan keperluan Wawasan 2030 untuk menyokong peranan wanita.

Ditanya sama ada terdapat wanita yang telah dituduh rasuah dan jika pekerjaan baru itu dicipta untuk menyiasat kes mereka, Al-Mojeb berkata, setakat ini tiada wanita yang dituduh.

Sekiranya kes itu berlaku, sistem di negara ini akan dikenakan tanpa sebarang diskriminasi, katanya. – Agensi

The post Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi bakal benarkan wanita jadi pendakwa raya"

Back To Top