Gema Semua Maklumat

KPT bakal perkenal SOP perketat aktiviti rekreasi IPT

KPT bakal perkenal SOP perketat aktiviti rekreasi IPT

CYBERJAYA, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkenalkan garis panduan (SOP) yang lebih ketat bagi penganjuran aktiviti rekreasi hutan membabitkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan, pihaknya sedang merangka satu cara pelaksanaan SOP di peringkat kementerian.

“Mungkin tidak lama, Dalam satu bulan sahaja Insya-Allah kita akan laksanakan SOP baharu. Kementerian akan melihat semua aspek supaya tidak ada perkara yang ketinggalan.

“Apabila diperkenalkan, program-program dilaksanakan perlu mematuhinya supaya tidak timbul isu seperti baru-baru ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video MOHE Soaring Upwards di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya, Isnin.

Terdahulu, KPT mengarahkan semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara menangguhkan aktiviti luar berkuat kuasa serta merta.

Arahan itu dibuat susulan tragedi yang mengorbankan dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam akibat dihempap pokok serta mencederakan enam yang lain semasa mengikuti aktiviti luar.

The post KPT bakal perkenal SOP perketat aktiviti rekreasi IPT appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPT bakal perkenal SOP perketat aktiviti rekreasi IPT
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KPT bakal perkenal SOP perketat aktiviti rekreasi IPT"

Back To Top