Gema Semua Maklumat

Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan

Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan

RIYADH, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Sepasang bayi kembar Palestin berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan di sebuah hospital di sini, semalam.

Menurut agensi media tempatan, pembedahan yang diketuai Dr Abdullah Abdulaziz Al-Rabiah berjaya memisahkan Farah dan Haneen di Hospital Pakar Kanak-Kanak Raja Abdullah.

Pembedahan yang bermula pagi semalam membabitkan sembilan peringkat bius dan pemindahan beberapa organ termasuk hati.

Pasangan bayi perempuan yang dilahir pada Oktober lalu, bercantum pada perut dan pelvis, termasuk berkongsi kaki, bagaimanapun mempunyai paru-paru serta jantung berasingan.

Bayi berkenaan diterbangkan ke Arab Saudi bagi menerima rawatan pada Disember lalu, selepas dibawa dari Gaza ke Jordan.- Agensi

The post Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kembar siam Gaza berjaya dipisahkan"

Back To Top