Gema Semua Maklumat

Lima individu direman beri, terima rasuah

Lima individu direman beri, terima rasuah

KUANTAN, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Lima individu direman selama enam hari kerana didakwa memberi dan menerima rasuah sebagai ganjaran tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan haram di sebuah daerah di negeri ini.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan permohonan reman bermula hari ini sehingga 17 September bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap suspek yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian jutaan ringgit.

Turut ditahan reman seorang wanita dan pemilik serta pengurus sebuah syarikat pembalakan.

Suspek berusia antara 40 hingga 50 tahun itu masing-masing ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) dan Sekyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Permohonan reman itu dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Fadly Mohd Zamri manakala suspek turut diwakili peguam Hon Kai Ping.

The post Lima individu direman beri, terima rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lima individu direman beri, terima rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lima individu direman beri, terima rasuah"

Back To Top