Gema Semua Maklumat

Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat

Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat

KOTA KINABALU, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tempoh tahanan reman naib presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony, yang berakhir hari ini, dilanjutkan hingga Jumaat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di daerah Tongod.

Majisret Stephenie Sherron Abbie membuat keputusan berkenaan selepas mendengar pemohonan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basirudin.

Pada Jumaat lepas, Peter, 46, ditahan SPRM ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung kes pembelian tanah berkenaan.

Keesokannya, Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan permohonan SPRM bagi menahan reman Peter selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Rabu lepas, SPRM mengeluarkan notis memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Bernama

 

The post Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat"

Back To Top