YALA, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya tiga maut dan 18 lagi cedera selepas motosikal yang dipasang bom meletup berdekatan sebuah pasar di Yala, selatan Thailand, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu berlaku di Pasar Pimonchai ketika orang ramai sedang sibuk membeli barangan keperluan.
Ketua Polis Yala, Mej Jen Krisada Jandee mengesahkan insiden itu berkata, dua daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian.
“Manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital. Namun jumlah angka yang cedera akan meningkat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Operasi Keselamatan Dalaman, Pramote Prom-in memaklumkan, penjenayah meletakkan motosikal terbabit berdekatan sebuah kereta sorong di pasar berkenaan.
Setakat ini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.
Pergolakan bersenjata di selatan Thailand terutamanya di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat bermula awal tahun 2000 sehingga kini, ia telah menyebabkan lebih 7,000 mangsa terbunuh manakala ribuan lagi cedera. – Agensi
The post Tiga maut, 18 cedera letupan bom di selatan Thai appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tiga maut, 18 cedera letupan bom di selatan Thai
0 Komentar untuk "Tiga maut, 18 cedera letupan bom di selatan Thai"