Gema Semua Maklumat

(VIDEO) Program TN50 kecoh, Mat Over tampar David Teo depan Najib

(VIDEO) Program TN50 kecoh, Mat Over tampar David Teo depan Najib

Versi jarak dekat kes tumbuk di Dialog TN50(UPDATE)Teo was telling Rosyam that instead of giving just the artistes sitting in front a chance to speak, he should allow the ones at the back the opportunity to be heard as well.http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/fight-breaks-out-at-pms-tn50-event-with-artistes

Posted by Kelab Che Det on 17hb Mei 2017

PUTRAJAYA, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Kekecohan tercetus pada program Transformasi Nasional 2050 (TN50) dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana, malam tadi, apabila Datuk David Teo, ditampar oleh seorang pelakon, kononnya atas alasan tidak menghormati Perdana Menteri.

Kejadian berlaku pada sesi pertemuan Najib dengan penggiat seni, artis dan persatuan wartawan yang mana Datuk Rosyam Nor menjadi moderator.

Dalam kejadian dihadapan Najib, David Teo mengambil mikrofon dan mengkritik cara moderator mengendalikan program itu, yang sepatutnya memberi peluang kepada penggiat seni yang berada di bahagian belakang, bukannya hanya di barisan depan.

David Teo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures, terus mengkritik dan cuba ditenteramkan oleh Rosyam yang kemudian meminta dia memberi pendapat dan mengemukakan persoalan kepada Perdana Menteri.

Namun, belum sempat mengemukakan persoalannya, pelakon veteran Sulaiman Yassin atau lebih dikenai sebagai ‘Mat Over’ naik ke pentas utama, sambil meluru dan menampar David Teo di hadapan Perdana Menteri.

Anggota polis kemudian campur tangan dan membawa kedua-duanya keluar dari dewan Seri Perdana.

Bagaimanapun, pada akhir majlis berkenaan kedua-duanya dilihat masuk semula ke dalam dewan sebelum bersalaman.

Ketika ditemui media selepas majlis itu, David Teo berkata, beliau hanya mahu bercakap dengan Perdana Menteri mewakili sebilangan artis yang berada di barisan belakang.

Malah, beliau menafikan kejadian itu adalah satu lakonan gimik seperti didakwa Mat Over.

The post (VIDEO) Program TN50 kecoh, Mat Over tampar David Teo depan Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di (VIDEO) Program TN50 kecoh, Mat Over tampar David Teo depan Najib
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "(VIDEO) Program TN50 kecoh, Mat Over tampar David Teo depan Najib"

Back To Top