Gema Semua Maklumat

Buat baik berpada-pada, jangan sampai ultra kiasu naik kepala

Buat baik berpada-pada, jangan sampai ultra kiasu naik kepala

PADERI dan ketua menteri ultra kiasu dan ultra kiasu yang lain mendesak Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) memohon maaf di atas ucapannya di Majlis Kenduri 1 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, yang mengesa gereja untuk tidak menyebarkan perkara tidak benar.

Terdahulu, Ku Nan mendakwa kenyataannya itu telah disalah tafsir dan sama sekali tidak menyatakan institusi gereja sebagai tempat menyebarkan fitnah.

Ku Nan tidak perlu memohon maaf kerana apa yang dikatakan memang terbukti ada kebenaran. Saya telah menulis isu ini sekian lama agar pihak berkuasa mengambil tindakan. Pada 24 Februari 2014, saya ada menulis mengenai sebuah gereja di Jalan Klang Lama memberi khutbah menanamkan api kebencian dan memutarkan belitkan sejarah.

Rakan Kristian saya yang pro Islam memberitahu, seorang paderi India dari Singapura dijemput menyampaikan syarahan, bermula pagi hingga tengah hari, yang dihadiri lebih 1,000 Cina Kristian. Paderi ini kerap kali diundang untuk menyampaikan ceramah di sini.

Syarahan itu penuh dengan emosi dan memutarbelitkan sejarah Tanah Melayu. Beliau menceritakan bagaimana orang Cina disembelih di Singapura ketika kependudukan Jepun.

Pastor it menambah, perkara sebegini tidak mustahil berlaku kepada orang Cina di Malaysia tidak lama lagi. Pastor itu merujuk kepada penyembelihan yang akan dilakukan oleh orang Melayu terhadap orang Cina.

Peliknya bagaimana pastor tersebut boleh memberi syarahan sedemikian rupa di sini, sedangkan beliau adalah warga Singapura? Sejarah kependudukan Jepun di Tanah Melayu, termasuk Singapura, perlu difahami secara mendalam, bukan dengan emosi dan kecetekan ilmu.

Negara Jepun–China mempunyai sejarah permusuhan yang panjang sehingga ke hari ini. Kedua-dua negara ini pernah berperang dan saling berdendam. Kesempatan menduduki Tanah Melayu (1941-1945) telah dipergunakan oleh Jepun sepenuhnya untuk membalas dendam terhadap orang Cina. Kebetulan mangsanya adalah Cina yang berada di Tanah Melayu.

Bagi menyelamatkan diri, orang Cina lari ke hutan dan menyertai parti komunis (MPAJA atau Bintang 3). Jepun terus memburu Cina. Orang Cina bertindak balas dan Jepun semakin marah. Sebab itu, sejak dahulu saya katakan, sejarah membuktikan, perjuangan komunis MPAJA bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tetapi membalas dendam terhadap Jepun.

Sejarah ini cuba diputarbelitkan dengan segelintir Cina yang mengatakan, MPAJA adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan tugu peringatan MPAJA telah didirikan di Taman Peringatan Nilai. Malangnya, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa walaupun ramai pakar sejarah telah bersuara.

Kenyataan paderi tersebut sekali lagi bercanggah dengan fakta sejarah. Pihak Imigresen mesti bertindak terhadap orang sebegini, kerana mengancam keselamatan negara.

Berdasarkan pengalaman berceramah di Singapura yang kini saya diharamkan berceramah di sana, kita tidak dibenarkan sama sekali menyentuh isu-isu sensitif, sekalipun fakta itu benar. Misalnya, kekejaman Amerika-Israel, Yahudi, sejarah Singapura-Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu di sana. Persoalannya, kenapa kita boleh biarkan orang luar berceramah tanpa garis panduan?

Sudah tentu kita masih ingat seorang peguam ultra kiasu, bernamakan orang putih, bermata sepet, tidak semena-mena mengkritik Jakim kerana dikatakan mempromosikan ekstremisme menerusi penyampaian khutbah, setiap kali ketika umat Islam di negara ini menunaikan solat Jumaat. Tidak mustahil selepas ini dia akan menuduh Jakim pengganas (terroris). Malangnya, ada juga ultra kiasu Islam yang menyokong peguam ultra kiasu ini.

Berapa kalikah dia mengikuti atau mendengar khutbah yang disediakan oleh Jakim? Tanyalah sesiapapun, terutama ultra kiasu Melayu. Mereka akan kata teks khutbah yang disediakan oleh Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Negeri, tidak sedap atau tidak power, pro kerajaan atau mengampu, berbanding khutbah mereka yang lebih ‘berkualiti’.

Kenapa tiba-tiba si sepet ultra kiasu ini boleh mengatakan Jakim promosikan ekstremisme? Berapa dalam pengetahuannya terhadap agama Islam? Pernahkah dia mendengar khutbah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat? Jika tidak tahu, mari sini biar saya tunjukkan. Sepet ajar sepet, sayangnya saya tidak ada nama orang putih.

Ternyata, ultra kiasu ini dan kuncu-kuncunya semakin berani dan kurang ajar mencampuri urusan agama Islam. Sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka. Pernah saya mencadangkan supaya kita menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad. Tetapi dikritik ultra kiasu habis-habisan.

Sama juga, jika Jakim mempromosi ekstremisme, sudah tentu orang bukan Islam tidur tak lena. Mereka akan dipulaukan dan sebagainya. Tetapi, keadaan berlaku sebalik. Bukan Islam tinggal di kawasan majoriti Melayu hidup dengan aman, tidurnya lena, lebih lena dari umat Islam sendiri.

Sebenarnya, toleransi dan kerjasama umat Islam terhadap bukan Islam amat tinggi nilainya. Maka hargailah, sebelum mereka hilang sabar.

Berkaitan dengan isu ini juga, saya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Naib Presiden Persatuan Muafakat, A Karim Omar iaitu pihak gereja sengaja melanggar peruntukan yang melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang yang menganuti agama Islam. Saya tidak pasti laporan Mufti Perlis, yang mengatakan anak pastor menyerah diri kepadanya untuk diIslamkan. Elok juga Mufti Perlis berterus terang.

Katanya, ultra kiasu ini kerap juga menyerang institusi Islam serta memperlekehkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi Islam, termasuk mempertikaikan khutbah Jumaat kita. Memang jelas terbukti bahawa gereja sememangnya partisan kepada Pakatan Harapan (PH).

Benar seperti kata Ku Nan jangan bawa berita tidak benar mengenai kerajaan, jadi persoalannya kenapa pihak berkenaan masih tidak mahu mengaku? Menurut beliau lagi, ramai pelampau evangelis Kristian yang menyebar video dan bahan kempen DAP dalam FB mereka, sebagai contoh, ramai mereka yang berkempen untuk perhimpunan politik BERSIH yang turut mempunyai agenda dan maksud tersirat evangelis Kristian.

Menurut A Karim lagi, Gerakan Radikal Evangelis for Christian State (RECS) adalah satu fenomena baru yang sedang mengancam negara. Fahaman Dominionisme RECS ini bermatlamatkan bahawa orang Kristian akan memerintah dunia. Mereka merancang menggerakkan usaha merampas tujuh bidang atau sektor kehidupan yang disebut sebagai ‘Mandat Tujuh Gunung’ (Seven Mountains Mandate) merangkumi perniagaan, agama, kekeluargaan, media, hiburan, pendidikan dan kerajaan.

Di Malaysia, golongan ini percaya bahawa mereka sudah hampir menguasai ke semua enam bidang dan hanya tinggal satu lagi bidang yang perlu mereka rampas iaitu, kerajaan. Sebab itu mereka gagal menyanggah fakta-fakta yang diketengahkah dua buku hasil karya Ian Buchanan, ‘The Armies of God’ and ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap anasir-anasir yang boleh mengganggu kedaulatan agama Islam. Kita tidak boleh menjadi negara yang terlalu bebas. Contohilah negara jiran kita, seperti Thailand. Mereka sangat bertegas dalam perkara yang boleh mengganggu kedaulatan Raja, Buddha dan Siam. Itulah akar negara mereka.

Apakah akar itu tidak ada dalam sejarah negara kita. Melayu, Islam dan Raja. Buat baik berpada-pada, jangan sampai ultra kiasu naik kepala. Nanti musnah negara. Ketika itu menyesal pun tidak berguna. Bertindaklah… Jangan terlalu kemarukkan undi, kelak nanti kita akan dikutuk oleh generasi akan datang. Jika tidak percaya, pergilah menyamar ke gereja.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Buat baik berpada-pada, jangan sampai ultra kiasu naik kepala appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada sitifatimah sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Buat baik berpada-pada, jangan sampai ultra kiasu naik kepala
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Buat baik berpada-pada, jangan sampai ultra kiasu naik kepala"

Back To Top