KUALA LUMPUR, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Beberapa diplomat Israel baru-baru ini telah berada di Malaysia, bagi menghadiri persidangan selama seminggu di ibu negara.
Persidangan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah mensyaratkan Malaysia supaya meluluskan visa kepada semua perwakilan, lapor The Times of Israel.
“Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, mengambil bahagian dalam persidangan itu dengan wakil-wakil Israel yang lain dan juga bertemu dengan pegawai Malaysia,” kata Kementerian Luarnya.
Pasukan diplomat kanan itu diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB David Roet, bagi menghadiri World Urban Forum (WUF), yang berakhir pada hari ini.
Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi dan telah mengekalkan dasar pro-Palestin yang teguh dalam forum antarabangsa. – Agensi
The post Diplomat Israel berada di Malaysia selama seminggu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Diplomat Israel berada di Malaysia selama seminggu
0 Komentar untuk "Diplomat Israel berada di Malaysia selama seminggu"