Gema Semua Maklumat

Jutawan wanita Arab Saudi sanggup ‘beli’ suami

Jutawan wanita Arab Saudi sanggup ‘beli’ suami

RIYADH, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Ramai jutawan wanita Arab Saudi menawarkan sejumlah besar wang untuk mencari serta menarik perhatian calon suami, lapor HuffPost.

Salah seorang daripadanya, Hessah, berumur 40 tahun menyatakan keinginannya untuk berkahwin dan memiliki anak.

Beliau berkata, arwah bapanya telah mewariskan jutaan riyal namun, sebelum ini, dia tidak dibenarkan berkahwin oleh bapanya kerana harta yang terlalu banyak, juga kerana bimbang ada pihak mahu mengambil kesempatan.

Sejurus selepas kematian bapanya itu beliau memulakan pencarian untuk berkahwin dengan seseorang yang menghormatinya.

Pada tahun 2012, majalah Saudi Roa menerbitkan kisah seorang wanita negara itu yang menawarkan lima juta riyal (AS$1.33 juta) kepada seorang lelaki bernama Hak.

Hak disyaratkan untuk menghargai kehidupan perkahwinan dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Pada bulan Februari 2007, jutawan Saudi, dengan kekayaan lebih daripada tujuh juta riyal ($1.87 juta) mengaku dirinya hodoh dan miskin dengan harapan seseorang yang akan berkahwin dengannya memandang keperibadiannya, bukan penampilan dan wangnya. – Agensi

The post Jutawan wanita Arab Saudi sanggup ‘beli’ suami appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Jutawan wanita Arab Saudi sanggup ‘beli’ suami
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jutawan wanita Arab Saudi sanggup ‘beli’ suami"

Back To Top