DRACHTEN, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Sebuah masjid di utara bandar ini cuba dibakar pihak tidak dikenali, kata Pengurus Pusat Yayasan Islam Drachten, Khalid Bennaceur, semalam.
Katanya, masjid itu yang diuruskan yayasan berkenaan, kerap didatangi penduduk yang kebanyakannya kelahiran Maghribi
“Jemaah masjid yang datang untuk solat Subuh memberitahu mereka terhidu bau bahan pembakar di dalam masjid itu.
“Ketika kami datang untuk solat Zohor, kami menyedari bahawa terdapat kesan kebakaran pada dinding dan tingkap pula dipecahkan di bahagian belakang masjid itu,” katanya.
Serangan itu dipercayai dilakukan kira-kira jam 4 pagi, semalam. Pelaku kejadian itu dipercayai melarikan diri selepas kebakaran.
Katanya, polis telah memulakan siasatan terhadap kejadian itu. – Agensi
The post Masjid diserang di utara Netherland appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Masjid diserang di utara Netherland
0 Komentar untuk "Masjid diserang di utara Netherland"