Gema Semua Maklumat

Tindakan terancang rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018

Tindakan terancang rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018

KAHERAH, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Rejim Abdel Fatah el-Sisi mengarahkan bekas calon Presiden Mesir, Abdel Moneim Aboul-Fotouh, ditahan atas tuduhan mengadakan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin.

Abdel Moneim adalah antara individu terkenal yang menggesa Pilihan Raya Presiden Mesir 2018 yang dijadual diadakan bulan depan, diboikot.

Ketika Pilihan Raya Presiden Mesir yang pertama kali diadakan secara demokrasi selepas pemberontakan pada 2011, beliau antara calon popular yang mendapat kira-kira 18 peratus undian pada pusingan pertama.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, arahan penangkapan itu dibuat oleh Pendakwa Raya Mesir atas tuduhan beliau mengadakan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan oleh rejim el-Sisi selepas tentera merampas kuasa daripada Presiden yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi.

Abdel Moneim yang mengetuai Strong Egypt Party, meninggalkan Ikhwanul Muslimin pada 2011 untuk menjadi calon bebas pilihan raya presiden dan menjauhkan diri daripada pergerakan itu.

Pada Januari tahun lalu, Abdel Moneim mengecam polisi kerajaan rejim Mesir dan menggesa el-Sisi meletak jawatan.

Timbalannya, Mohamed al-Qassas ditangkap minggu lalu sementara siasatan terus dijalankan terhadapnya.

Strong Egypt Party mengutuk dan mengkritik penangkapan itu yang disifatkan sebagai tindakan terancang rejim el-Sisi mematahkan penentangan terhadapnya dengan menyasarkan pemimpin politik pembangkang. – Agensi

The post Tindakan terancang rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tindakan terancang rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tindakan terancang rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018"

Back To Top