ALAMAT BUKAN TANDA AMAL MAQBUL -
Credit kepada sumber asal Artikel di ALAMAT BUKAN TANDA AMAL MAQBUL
Satu ornag pergi Makkah buat haji. Selepas balik kampung berubah dia. Kalau dulu jahat dan banyak maksiat, lepas balik Makkah jadi baik dan banyak amal soleh. Itu mungkin jadi tanda haji mabrur. Tapi itu bukan muktamad. Ramai juga orang yang poergi makkah buat haji tapi menyalahi haji yang Sunnah mahukan. Balik kampung berubah juga. Apakah perubahan itu hendak kiota jadikan ukuran hajinya mabrur sedangkan hajinya berjalan tidak atas petunjuk nabi?
Kekadang satu orang banyak solat dan mendapat alamat dengan limpahan nikmat selepas solatnya. Dia dapat razeki murah, hati lapang dan kehidupan bertambah rukun. Itu satu tanda amalnya maqbul. Tapi ia bukan kata putus. banyak juga orang yang buat ibadat tapi berasaskan bid'ah. Amalanya ibaday menyalahi sunnah Rasul. Orang kafir pun buat amal ibadat ikut kepercayaan mereka dan mereka juga dapat wujdan. Maka ukuran kebenaran amal bukan pada hasilnya.
Ia diikat dengan Ittiba' kepada cara Rasulullah SAW.
Sekali lagi ditegaskan, maqbulnya amal bukan dilihat pada hasilnya. Ia dilihat pada caranya samada menepati kehendak agama atau tidak. Dengan lain kata, apakah ia atas dasar ittiba' dan bukan Ibtida'.
Credit kepada sumber asal Artikel di ALAMAT BUKAN TANDA AMAL MAQBUL
Tag :
agama
0 Komentar untuk "ALAMAT BUKAN TANDA AMAL MAQBUL"