Jangan terpedaya dengan luarnya. -
Credit kepada sumber asal Artikel di Jangan terpedaya dengan luarnya.
Orang selalu menghukum berdasarkan apa yang mereka nampak. Apa yang tersembunyi tidak diketahui orang dan selalu disalahtanggapi. Seorang dimuliakan kerana penampilan luarannya. Jika kejelekan dalamannya terserlah, sudah tentu dia akan dipandang hina. Demikian pula, seseorang itu dihina kerana nampak jelik pada luarannya, namun kalaulah orang nampak kemuliaannya di dalam, sudah tentu dia akan disanjuing dan dipuja.
Ada sebuah cerita yang saya baca.
Cerita seorang pelukis tua yang tinggal dalam sebuah desa. Dia pandai melukis dan dia menjual hasil lukisannya. Harganya pun mahal. Satu hari seorang miskin yang tinggal dalam desa itu datang kepada pelukis itu dan menegurnya.
" Kamu banyak melukis dan banyak dapat duit daripada hasil jualanmu....tapi kamu tidak membantu orang susah dalam kampung ini", si miskin itu memberi komentar.
" Cuba kau lihat penjual daging di pasar itu, dia tidaklah kaya, tapi setiap hari sedekah daging kepada fakir miskin dalam desa", tambah si miskin.
Sang pelukis tua cua tersenyum dan tidka menjawab ocehan si miskin.
Si Miskin itu, keluar daripada pelukis tua itu dan mengunjing kebakhilan si pelukis. Orang-orang dalam kampung pun membina persepsi buruk kepada si pelukis. Mereka melihat si pelukis itu banyak duit tapi kedekut. Dia tidak suka membantu orang susah dalam kampung.
Hinggalah sampai saatnya, si pelukis itu sakit, tiada yang sudi melawatnya. Sampai dia mati, mereka terus memboikotnya. Buruklah nama si pelukis itu di mata orang kampung.
Setelah matinya si pelukis, orang miskin dalam kampung mula perasan. Penjual daging sudah tidak lagi memberikan sedeqah dagingnya kepada orang-orang miskin dalam kampung. Saking kehairanan melihat perubahan sikap penjual daging, seorang pergi bertanya kepadanya.
" Dulu, masa si pelukis masih hidup, dia memberikan saya sejumlah duit untuk saya sedekahkan daging kepada orang-orang miskin, kini, dia telah tiada. Tiadalah lagi duit bantuannya untuk orang miskin!', jawab si penjual daging.
Orang kampung tahu hal tersebut dan mereka terkesima. Si pelukis yang mereka cemuh sebagai bakhil itu rupanya seorang yang pemurah. Daging-daging percuma yang mereka sangka sedekah si penjual daging, rupanya sumbangan si pelukis.
Sesallah...sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian tiada gunanya. Sebab itu jangan cepat menghukum orang bila nampak luarannya. Pandangan mata selalu menipu. Masa akan mendedahkan apa yang tersembunyi. Lalu, bersabarlah menggauli peredaran masa sehingga anda mengathui hakikat sebenar.
Pokoknya, perbuatan memperlecehkan orang tidak disukai oleh Allah. Jangan suka buat demikian!
Credit kepada sumber asal Artikel di Jangan terpedaya dengan luarnya.
Tag :
agama
0 Komentar untuk "Jangan terpedaya dengan luarnya."