Gema Semua Maklumat

PAS lancar tabung khas biayai saman Sarawak Report

PAS lancar tabung khas biayai saman Sarawak Report

Oleh Razali bin Zakaria

KOTA SARANG SEMUT, 4 Syaaban 1438H, Isnin – PAS hari ini melancarkan tabung khas bagi membiayai kos saman terhadap Sarawak Report, dengan meminta ahli menyumbang RM5, manakala pemimpin RM100 dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan PAS Ke-63, Hussin Ismail berkata, pada malam taklimat atau majlis khas jumlah kutipan adalah kira-kira RM23,000, manakala jumlah perbelanjaan pembayaran pertama sahaja menjangkau RM200,000 dan dijangka akan meningkat.

Pelancaran tabung itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pasa sesi penggulungan perbahasan pagi tadi.

Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim berkata, maruah parti tidak ada nilai dan pemimpin parti itu tidak boleh membiarkan ianya diancam oleh musuh-musuh Islam.

“Kita sebagai pendukung parti tidak boleh biarkan suasana maruah parti tercalar dan terus dirobek oleh mereka yang mempunyai niat yang sangat tidak baik terhadap perjuangan Islam,” katanya sambil menegaskan bahawa tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Berikutan itu, katanya, PAS berusaha mencari peguam, saksi sama ada di Malaysia atau di London dan mengumpul segala keperluan walaupun, pada ketika parti tidak mempunyai wang, untuk meneruskan saman terhadap Sarawak Report.

“Alhamdulillah, kita telah pun berjaya mendapatkan peguam. Peguam yang sama yang membela Tuan Guru Presiden pada suatu waktu dahulu dan beliau bersetuju untuk mengambil, menjad peguam bagi pihak PAS,” katanya.

Beliau berkata, kos tindakan ini sangat besar antaranya disebabkan nilai ringgit kita yang rendah, manakala kos guaman pula dibayar dalam paund, saman dibuat di London dan saksi-saksi yang kita bawa dalam perbicaraan.

“Setakat ini kita telah belanjakan hampir RM200,000. Sebenarnya bukanlah banyak RM200,000 ini, tetapi disebabkan duit kita kecil. Yang buat kecil ialah UMNO, BN. Jadi kita telah putus untuk minta pengorbanan seluruh ahli parti untuk turut membiayai saman, atas kecintaan kita kepada parti,” katanya.

Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran artikel fitnah itu dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

The post PAS lancar tabung khas biayai saman Sarawak Report appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di PAS lancar tabung khas biayai saman Sarawak Report
Tag : agama
0 Komentar untuk "PAS lancar tabung khas biayai saman Sarawak Report"

Back To Top