Gema Semua Maklumat

Kacang tumbuh dalam telinga

Kacang tumbuh dalam telinga

BEIJING, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan selepas dimaklumkan sebutir kacang tumbuh di dalam telinganya.

Pakar perubatan mengesahkan kacang tersebut sudah bercambah di dalam saluran telinga.

Pakar telinga, hidung dan tekak Dr Zhang Xiao Chun berkata, dia terkejut melihat kacang berkenaan jauh di dalam rongga telinga kanak-kanak itu.

“Mungkin ia termasuk ke dalam telinganya tanpa disedari ketika Haohao bermain pasir atau mungkin juga rakannya memasukkannya ke situ tanpa disedarinya,” katanya.

Beliau berkata,, kacang itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama 30 minit.

Dr Zhang berkata, keadaan suhu di dalam telinga sekitar 37 darjah Celsius dan lembap amat sesuai untuk pembesaran kacang. -Agensi

The post Kacang tumbuh dalam telinga appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Kacang tumbuh dalam telinga
Tag : agama
0 Komentar untuk "Kacang tumbuh dalam telinga"

Back To Top