Gema Semua Maklumat

30 NGO akan sertai Malaysia #QuranHour 19 Jun ini

30 NGO akan sertai Malaysia #QuranHour 19 Jun ini


SHAH ALAM, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bakal menyertai kempen membaca al-Quran, Malaysia #QuranHour pada 19 Jun bersamaan dengan 24 Ramadan ini.

Pengasas Yayasan Wa¬ri¬san ¬Ummah Ikhlas, Datuk Dr. ¬Hu¬ssamuddin Yaacub berkata, sebagaimana penganjuran sebelum ini, pelbagai NGO Islam dilibatkan untuk sama-sama menggalakkan umat Islam mendekati al-Quran.

Namun, apa yang berbeza kali ini ialah, katanya, pihak¬ WUI menjemput secara rasmi NGO Islam untuk menyertai dan bertukar pendapat berkenaan kempen Malaysia #QuranHour.

“Buat julung-julung kalinya, kita mahu semua NGO Islam menyertai dan bekerjasama kerana ini merupakan tanggungjawab kita sesama Islam membawa masyarakat membudayakan al-Quran.

“Kita mahu umat Islam selain membaca al-Quran, mereka memahami, menjiwai dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Malaysia #QuranHour secara rasmi akan bermula di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan berlangsung selama sejam pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.

Antara NGO Islam yang hadir adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Aspirasi Mualaf dan Persatuan RumahNgaji.

The post 30 NGO akan sertai Malaysia #QuranHour 19 Jun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 30 NGO akan sertai Malaysia #QuranHour 19 Jun ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "30 NGO akan sertai Malaysia #QuranHour 19 Jun ini"

Back To Top