Gema Semua Maklumat

4 beradik tinggalkan sementara isteri, anak untuk jaga ibu di hospital

4 beradik tinggalkan sementara isteri, anak untuk jaga ibu di hospital

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

ALOR SETAR, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Sekeping gambar yang memaparkan empat beradik lelaki menemani ibunda tersayang sebelum menjalani pembedahan, menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Gambar dimuatnaik seorang pengguna laman Facebook, Isma Jannah itu menunjukkan dia bersama adik-beradiknya bersama-sama bermalam di hospital untuk menjaga ibu mereka.

Menerusi komen Isma Jannah, ibunya dikatakan menjalani pembedahan bagi memasukkan besi antara tulang paha dan pinggul.

Malah, cukup mengharukan apabila kesemua adik-beradiknya sanggup meninggalkan isteri dan anak masing-masing buat sementara waktu bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu.

“Sepanjang minggu ni nikmatnya bemalam di hospital. Alhamdulillah, cukup lengkap 4 beradik kami kesemuanya.

“Masing-masing tinggalkan sebentar anak isteri untuk berkhidmat pada Mak. Sesekali keluar kisah zaman kecil-kecil dulu dari mulut Mak buatkan kami ketawa besar.

“Moga Allah beri kesembuhan dan dipermudahkan urusan Mak!,” tulis Isma Jannah di statusnya.

Netizen yang berkongsi gambar berkenaan turut berasa terharu dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu kepada empat orang anak ini.

“Alhamdulillah….semoga bonda kalian cepat sembuh…pasti ibu sangat gembira melihat anak-anak yang tersayang ada bersama-samanya di saatnya memerlukan sokongan….Tahniah kerana menjadi contoh terbaik kewajipan seorang anak lelaki terhadap ibunya,” tulis Fauziah Mohd Satneh.

“Beruntung makcik ni dapat anak-anak lelaki mcm ni..,” tulis Zilfalinda Selamat.

“Sejuk perut mak… Mesti malam-malam kalau dia tersedar pastu tengok muka anak-anak mak.. Mesti sayu hati..tahniah IsmaJannah اسماعيل حاج محمد.. Moga Allah membalas syurga buat mail adik beradik…inshaAllah,” tulis Zainab Ismail.

The post 4 beradik tinggalkan sementara isteri, anak untuk jaga ibu di hospital appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 4 beradik tinggalkan sementara isteri, anak untuk jaga ibu di hospital
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "4 beradik tinggalkan sementara isteri, anak untuk jaga ibu di hospital"

Back To Top