KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1438H, Sabtu – Lima penumpang cedera selepas penerbangan AirAsia X mengalami pergolakan udara yang teruk ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Taipei ke Kuala Lumpur, kelmarin.
Penerbangan D7 377 itu membawa 291 penumpang dan 11 anak kapal mengalami pergolakan udara yang teruk ketika pertengahan perjalanan, kelmarin. Bagaimanapun, pesawat Abus A330-300 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
“Lima penumpang yang cedera diberi rawatan di klia2 sebaik mendarat. Semua penumpang juga diberi bantuan oleh kakitangan,” kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan semalam.
Klip video menunjukkan keadaan dalam pesawat ketika kejadian mula disebarkan dalam media sosial.
Ada anak kapal dan penumpang yang kelihatan jatuh di laluan, manakala yang lain memegang kuat kerusi. Peralatan dapur juga berselerak ketika pesawat itu mengalami pergolakan.
The post 5 cedera pesawat AirAsia X alami pergolakan udara teruk appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 5 cedera pesawat AirAsia X alami pergolakan udara teruk
0 Komentar untuk "5 cedera pesawat AirAsia X alami pergolakan udara teruk"