Gema Semua Maklumat

51 ahli geng kongsi gelap akan didakwa di mahkamah

51 ahli geng kongsi gelap akan didakwa di mahkamah

SUNGAI BULOH, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Seramai 51 orang remaja yang terlibat dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di sekitar Klang baru-baru ini akan didakwa di mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, kesemua remaja tersebut perlu hadir ke Mahkamah Majistret Klang pada Isnin ini.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram.

“Semua suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya selepas menghadiri satu majlis, hari ini.

Terdahulu, polis telah menahan seorang remaja 17 tahun yang dipercayai dalang Geng 24 berhubung kejadian memotong kek yang tertulis ‘SMK Sri Andalas 24 Apache’ sehingga menyebabkan huru-hara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, remaja itu ditahan pada hujung minggu lalu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Klang.

Video kumpulan remaja berkenaan menjadi tular menerusi media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat kerana menunjukkan aksi liar.

The post 51 ahli geng kongsi gelap akan didakwa di mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 51 ahli geng kongsi gelap akan didakwa di mahkamah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "51 ahli geng kongsi gelap akan didakwa di mahkamah"

Back To Top