KLANG, 11 Syaaban 1438H, Isnin – 52 remaja yang terlibat dalam sambutan geng kongsi gelap bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan terlibat perhimpunan haram.
Tiga daripada jumlah itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut, manakala 49 orang lagi mohon dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama- sama dengan yang masih bebas terlibat dalam perhimpunan menyalahi undang-undang.
Seperti dipaparkan dalam video, mereka dilaporkan melakukan upacara memotong kek angka 24 sebagai ahli perhimpunan bagi tujuan melakukan kemudaratan awam.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, dekat sini jam 12.30 tengah hari pada 20 April lalu.
Dalam masa sama, mereka juga didakwa melakukan perbuatan itu dengan tujuan sama di hadapan SMK Kampung Jawa, SMK Raja Mahdi dan Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Klang pada keesokan harinya.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574).
The post 52 ahli Geng 24 didakwa di mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 52 ahli Geng 24 didakwa di mahkamah
0 Komentar untuk "52 ahli Geng 24 didakwa di mahkamah"