MANILA, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Pihak berkuasa Filipina berjaya merampas 605 kilogram dadah jenis ‘methamphetamine’ yang bermutu tinggi dihantar dari China susulan maklumat dari kerajaan republik itu sendiri.
Pegawai Biro Penyiasatan Filipina (NBI) berkata, dadah yang bernilai 6.05 bilion peso ($ A163.2 juta) itu, dirampas pada hujung minggu dari gudang broker di metropolitan Manila, manakala sebahagian lagi telah berjaya dipintas sebelum dihantar kepada penerima.
Operasi itu dijalankan bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina, polis dan Biro Kastam selepas ketiga-tiga pihak itu menerima maklumat daripada Pejabat Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China dan segera memaklumkan kepada NBI mengenai penghantaran besar dadah haram tersebut.
“Ini adalah satu petanda kerjasama yang baik bukan sahaja daripada agensi-agensi yang berbeza di bawah pentadbiran sekarang tetapi juga masyarakat antarabangsa, ” kata Timbalan Pengarah NBI Ferdinand Lavin.
NBI merampas 505 kilogram dadah yang lebih dikenali sebagai shabu, dari sebuah gudang di Valenzuela City dalam operasi Jumaat dan Sabtu.
Dadah itu dijumpai dalam beg plastik di dalam silinder logam yang diletakkan dalam empat peti.
Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina turut merampas 100 kg dari gudang penerima yang lain pada hari Sabtu. – Agensi
The post 600 kilogram dadah ‘meth’ buatan China dirampas di Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 600 kilogram dadah ‘meth’ buatan China dirampas di Filipina
0 Komentar untuk "600 kilogram dadah ‘meth’ buatan China dirampas di Filipina"