ALOR SETAR, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Seorang lelaki yang didakwa berpangkat ‘Datuk’ telah ditahan polis ekoran kes penipuan penganugerahan pingat palsu mengaitkan nama kerabat diraja sebuah negeri.
Lelaki berusia lingkungan 50 an itu dilaporkan ditahan dalam serbuan di Majlis Penyampaian Anugerah Pingat lebih kurang jam 1.30 petang di salah sebuah hotel di Alor Setar, di sini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, pemeriksaan mendapati seramai 200 orang termasuk 95 penerima pingat menghadiri majlis berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 12 tengahari itu.
“Melalui serbuan itu, pihak polis merampas 65 selempang dan pingat tertera perkataan Pingat Setia Diraja Negara (PSRN), lima plak cenderahati ahli persatuan, satu piala cenderahati persatuan dan satu latar pentas majlis anugerah pingat itu.
“Berdasarkan maklumat diterima, semua 95 mangsa membayar RM5,000 setiap seorang demi membolehkan mereka menerima pingat,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Kedah,di sini, hari ini.
Asri berkata, suspek sebelum ini pernah menganjurkan majlis seumpama itu di sebuah negeri, bagaimanapun gagal sebelum beralih ke negeri lain dengan menjalankan kegiatannya di Kedah.
Katanya, pihaknya sedang mengumpul maklumat berkaitan kegiatan suspek, sekaligus meminta mana-mana individu memiliki maklumat berkaitan penganugerahan pingat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 013-5882930 ataupun balai polis berdekatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar dengan tujuan menipu.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakam hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
The post Polis tahan lelaki tawar pingat ‘istana’ dengan harga RM5,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tahan lelaki tawar pingat ‘istana’ dengan harga RM5,000
0 Komentar untuk "Polis tahan lelaki tawar pingat ‘istana’ dengan harga RM5,000"