IPOH, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak berkompromi dan akan menamatkan perkhidmatan mana-mana anggotanya yang melakukan sebarang aktiviti bercanggah dengan undang-undang negara.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, perkara itu ditekankan demi memelihara imej dan kredibiliti yang dibawa TUDM selaku agensi keselamatan negara.
“Jangan sesekali terlibat dengan perbuatan yang akan mendatangkan kemudaratan kepada bidang kerjaya dan perkhidmatan.
“Oleh yang demikian, selaku warga TUDM, suka saya ingatkan bahawa memelihara disiplin, imej dan maruah menjadi keutamaan kepada kita semua,” katanya ketika berucap sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 56/2017 di Institut Latihan TUDM, di sini, hari ini.
Terdahulu, seramai 358 Perajurit Muda Udara telah menamatkan latihan asas ketenteraan yang bermula pada 1 Januari lalu. – Bernama
The post Anggota TUDM diingatkan supaya tidak langgar undang-undang negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Anggota TUDM diingatkan supaya tidak langgar undang-undang negara
0 Komentar untuk "Anggota TUDM diingatkan supaya tidak langgar undang-undang negara"