Gema Semua Maklumat

AS bunuh 3,100 orang awam Syria dan Iraq, lapor New York Times

AS bunuh 3,100 orang awam Syria dan Iraq, lapor New York Times

NEW YORK, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Akhbar The New York Times mendedahkan sekurang-kurangnya 3,100 penduduk awam di Iraq dan Syria menjadi korban dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) sejak 2014.

Akhbar itu berkata, tentera AS hanya memberikan anggaran yang sangat rendah apabila melaporkan jumlah kematian akibat daripada serangan yang dilancarkan.

Bagaimanapun, pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di London memberitahu bahawa jumlah kematian akibat serangan itu adalah lapan kali ganda daripada bilangan yang disahkan oleh AS.

Menurut rekod pertubuhan itu, jumlah kematian orang awam pada suku pertama bagi tahun ini meningkat berbanding dengan tempoh sebelumnya.

The New York Times menegaskan bahawa operasi ketenteraan untuk mengawal kubu kuat seperti di Mosul, adalah faktor utama yang membawa kepada jumlah kematian. – Agensi

The post AS bunuh 3,100 orang awam Syria dan Iraq, lapor New York Times appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di AS bunuh 3,100 orang awam Syria dan Iraq, lapor New York Times
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "AS bunuh 3,100 orang awam Syria dan Iraq, lapor New York Times"

Back To Top