PUTRAJAYA, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Selangor merekodkan jumlah tertinggi kes denggi dengan 20,909 kes dilaporkan pada tahun ini, sehingga semalam di seluruh negara.
Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan melaporkan, rekod berkenaan diikuti Kuala Lumpur iaitu 3,534 kes.
Ia kemudiaan diikuti Perak sebanyak 3,461 kes, Johor (2,887 kes), Negeri Sembilan (1,863 kes) dan Kelantan dengan 1,502 kes.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya melaksanakan pelbagai program bagi kawalan termasuk yang terbaharu melalui pelepasan nyamuk aedes mengandungi bakteria Wolbachia bagi menggantikan nyamuk aedes liar.
Katanya, kajian mendapati nyamuk aedes dengan Wolbachia tidak menyebarkan virus denggi dan menyekat penularan berkenaan kepada manusia.
The post Selangor rekod jumlah tertinggi kes denggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Selangor rekod jumlah tertinggi kes denggi
0 Komentar untuk "Selangor rekod jumlah tertinggi kes denggi"