Gema Semua Maklumat

Bekas Mufti Terengganu diminta tidak terjebak pihak cuba kelirukan isu RUU355

Bekas Mufti Terengganu diminta tidak terjebak pihak cuba kelirukan isu RUU355

KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan hari ini menyeru Mantan Mufti Terengganu, Datuk Dr Ismail Yahya supaya tidak terjebak dalam kalangan mereka yang cuba mengelirukan umat Islam berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Nasrudin membuat penegasan sedemikian susulan Ismail dalam satu forum yang memihak kepada pakatan harapan dengan dihoskan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh semalam menempelak PAS dan mengecam RUU 355.

Tegasnya, Ismail sepatutnya bersama-sama membantu usaha murni RUU 355 atau sekurang-kurangnya tidak mengelirukan masyarakat dengan persepsi yang dibuat akibat jahil mengenainya.

“Tujuan PAS membentangkan RUU 355 untuk memartabatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini. Usaha yang dibuat oleh PAS ini adalah bertepatan dengan peruntukan perlembagaan sedia ada dan bersesuaian dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

“Sokongan para ulama, cendekiawan Islam dan orang awam serta NGO dan pelbagai badan penguatkuasa terhadap RUU355 yang diusulkan ini memperlihatkan kepentingan dan kewajarannya justeru ia tidak harus diremeh atau diperlecehkan,” kataya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, RUU 355 hanya memberi tumpuan kepada undang-undang jenayah sedangkan syariah hubungan antarabangsa, akhlak, ibadah, perkahwinan dan muamalat.

“Tanya diri anda adakah meningkatkan hukuman untuk jenayah satu-satunya cara memperkasakan Mahkamah Syariah? Adakah keadilan benar-benar berlaku di Mahkamah Syariah?” kata Ismail seperti dilaporkan portal berita pembangkang.

The post Bekas Mufti Terengganu diminta tidak terjebak pihak cuba kelirukan isu RUU355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bekas Mufti Terengganu diminta tidak terjebak pihak cuba kelirukan isu RUU355
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bekas Mufti Terengganu diminta tidak terjebak pihak cuba kelirukan isu RUU355"

Back To Top