Gema Semua Maklumat

Beli-belah di ‘bazar Ramadan’ secara atas talian

Beli-belah di ‘bazar Ramadan’ secara atas talian

KOTA BHARU, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Sebuah laman web yang membolehkan orang ramai membeli-belah di ‘bazar Ramadan’ tanpa perlu bersesak atau beratur di tapak bazar dilancarkan.

‘Bazar Ramadan’ digital yang menggunakan nama LeVida.My itu memudahkan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan secara dalam talian menerusi platform yang disediakan syarikat platform perdagangan maya itu.

Pengasas LeVida.My, Mohamed Zulkarnain Mohamed berkata, menerusi bazar Ramadan digital itu, peniaga bazar dapat menjual dan memasarkan produk secara dalam talian, selain menjual di khemah.

“Bazar Ramadan digital ini akan dilancarkan pada hari pertama puasa di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan.

“Sebagai permulaan juga, kemudahan ini hanya membabitkan bazar Ramadan di Negeri Sembilan dan Kelantan,” katanya pada Program Keusahawanan dan Business Partnering LeVida.My.

Mohamed Zulkarnain berkata, setakat ini, sudah ada beberapa usahawan dan peniaga bazar mendaftar untuk berniaga pada Ramadan nanti.

Bazar Ramadan dalam talian itu juga, katanya, memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat sumbangan seperti penajaan makan dan berbuka puasa.

The post Beli-belah di ‘bazar Ramadan’ secara atas talian appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Beli-belah di ‘bazar Ramadan’ secara atas talian
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Beli-belah di ‘bazar Ramadan’ secara atas talian"

Back To Top