Gema Semua Maklumat

Buka semula kes 1MDB kalau SPRM betul serius perangi rasuah

Buka semula kes 1MDB kalau SPRM betul serius perangi rasuah


KUALA LUMPUR, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah patut dipuji, namun lebih bermakna sekiranya siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuka semula.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar secara sinis berkata, dakwaan melibatkan 1MDB adalah contoh paling ketara berhubung kehilangan kejujuran dan integriti di kalangan elit.

“Walau apa pun percubaan menutup dan menyamari sesuatu yang sememangnya kleptokrasi, sebahagian rakyat Malaysia sedar daripada hasil penyiasatan dan keputusan mahkamah di negara lain bahawa wujud beberapa individu yang menjual maruah mereka.

“Hanya sekiranya ada tindakan jujur terhadap 1MDB, orang ramai akan percaya akan keikhlasan pihak berkuasa di Malaysia menghapuskan rasuah,” kataanya.

Awal tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dikatakan membersih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan berkait wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, dan mengetepikan siasatan berhubung 1MDB.

Justeru, Chandra berkata, usaha SPRM membanteras rasuah hanya akan memberi makna jika agensi itu membuka semula kes 1MDB.

“Mereka perlu menyiasat bukti yang timbul di luar negara kita. Di mana perlu, ia perlu mengesyorkan peguam negara untuk melakukan pendakwaan,” katanya.

The post Buka semula kes 1MDB kalau SPRM betul serius perangi rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Buka semula kes 1MDB kalau SPRM betul serius perangi rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Buka semula kes 1MDB kalau SPRM betul serius perangi rasuah"

Back To Top