RAMALLAH, 3 Ramadan 1438H, Isnin –Ratusan banduan Palestin di penjara Israel yang mengadakan mogok lapar sejak 17 April lalu bersetuju menamatkan mogok beramai-ramai selepas perjanjian yang diusahakan Palang Merah tercapai.
Penganalisis Palestin menganggap persetujuan itu sebagai kemenangan kepada tahanan rakyatnya selepas rejim Israel sebelum ini berulang kali berikrar tidak akan berunding dengan tahanan itu.
Ketua Hal Ehwal Tahanan Pihak Berkuasa Palestin, Issa Qaraqe berkata, persetujuan dicapai selepas rundingan selama 20 jam antara pegawai Israel dengan ketua pemogok, Marwan Barghouti, tokoh yang disanjung penduduk Palestin, tetapi sangat dibenci oleh Israel.
Israel dalam rundingan itu bersetuju memenuhi tuntutan tahanan berkenaan untuk membolehkan mereka dikunjungi dua kali sebulan oleh keluarga masing-masing.
Bagaimanapun, pihak Palestin berkata, mereka masih perlu melihat sama ada Israel akan menghormati persetujuan berkenaan atau pun tidak.
Dilaporkan, kira-kira 30 daripada lebih 800 pemogok lapar terbabit dimasukkan ke hospial sejak beberapa hari lalu selepas keadaan mereka tenat.
Ini meningkatkan kebimbangan mengenai pertempuran lebih buruk dengan pasukan tentera rejim Zionis di Tebing Barat, wilayah Palestin yang dijajah Israel. – Agensi
The post Tahanan Palestin setuju tamat mogok appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tahanan Palestin setuju tamat mogok
0 Komentar untuk "Tahanan Palestin setuju tamat mogok"