BEIJING, 18 Syaaban 1438H, Isnin – China dilaporkan akan membiayai rancangan pembinaan Laluan Sutera baharu yang dijangka menelan kos sehingga AS$124 bilion (RM538.6 bilion).
Presidennya, Xi Jinping berkata, tindakan itu dibuat berikutan beliau tidak mahu lagi laluan lama digunapakai selepas ini.
“Kami sepatutnya membuka dan membina satu platform kerjasama di pasaran ekonomi dunia yang terbuka ini,” katanya ketika berucap dalam Forum One Belt One Road (OBOR), di Beijing, semalam.
Forum itu turut dihadiri 28 buah negara lain termasuk Malaysia, Turki, Russia, Filipina, Indonesia, Vietnam, yang dijangka berakhir esok.
China sebelum ini memperkenalkan dasar One Belt, One Road atau OBOR sebagai cara baharu untuk meningkatkan hubungan luar dengan negara lain.
Menerusi pelan itu, mereka menyasarkan untuk membentuk rangkaian kerjasama baharu dengan negara-negara lain termasuk di Asia, Afrika dan Eropah khususnya dari segi pelaburan infrastruktur. -Agensi
The post China kata akan biyai pembinaan Laluan Sutera baharu RM538.6 bilion appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di China kata akan biyai pembinaan Laluan Sutera baharu RM538.6 bilion
0 Komentar untuk "China kata akan biyai pembinaan Laluan Sutera baharu RM538.6 bilion"