Gema Semua Maklumat

Cuaca buruk di empat negeri 

Cuaca buruk di empat negeri 

KUALA LUMPUR, 12 Syaaban 1438H, Selasa –  Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri.  

Amaran itu membabitkan beberapa kawasan di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.   

Berdasarkan  kenyataan di Facebook jabatan itu, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Kedah diramalkan melanda kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.   

Cuaca sama turut melanda Johor yang membabitkan kawasan seperti Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Manakala Pahang pula, ia membabitkan kawasan Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut

The post Cuaca buruk di empat negeri  appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cuaca buruk di empat negeri 
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Cuaca buruk di empat negeri "

Back To Top