Gema Semua Maklumat

Dua Ketua Polis Daerah direman 6 hari terlibat rasuah pusat judi, rumah urut

Dua Ketua Polis Daerah direman 6 hari terlibat rasuah pusat judi, rumah urut

PUTRAJAYA, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Ketua Polis Daerah Jasin adalah antara tiga yang direman enam hari kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pusat judi dan rumah urut di beberapa lokasi di Melaka.

Majistret Muhammad Safuan Azhar memerintahkan reman ke atas Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sakri Yusof dan seorang lagi pegawai berpangkat Inspektor bermula hari ini sehingga 22 Mei.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai polis terbabit, termasuk dua lagi individu yang terlibat sama dalam kegiatan itu.

Dilaporkan, semua suspek berusia antara 31 hingga 41 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilancarkan kira-kira jam 11 pagi semalam kerana didakwa memberi perlindungan kepada pusat perjudian dan rumah urut di negeri itu.

Malah difahamkan, SPRM masih mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam perbuatan itu termasuk beberapa pegawai polis di Melaka.

The post Dua Ketua Polis Daerah direman 6 hari terlibat rasuah pusat judi, rumah urut appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua Ketua Polis Daerah direman 6 hari terlibat rasuah pusat judi, rumah urut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua Ketua Polis Daerah direman 6 hari terlibat rasuah pusat judi, rumah urut"

Back To Top