KUALA LUMPUR, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada Rabu, demikian menurut laporan agensi berita Indonesia, ANTARA.
Dilaporkan lima orang awam turut cedera dalam kejadian dua letupan bom, yang berselang lima minit, disyaki kes letupan oleh pengebom bunuh diri pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Agensi itu melaporkan setakat ini, dua yang terbunuh masing-masing adalah lelaki dan wanita.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Rumah Sakit Jatinegara, Jakarta Timur.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.
“Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit. – Bernama
The post Dua maut letupan bom di Jakarta Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua maut letupan bom di Jakarta Timur
0 Komentar untuk "Dua maut letupan bom di Jakarta Timur"