Gema Semua Maklumat

Dua pengarang kanan The Star digantung tugas

Dua pengarang kanan The Star digantung tugas

BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – The Star menggantung tugas dua pengarang kanannya bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung isu penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris berkenaan pada 27 Mei lalu.

Penggantungan itu membabitkan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datul Leanne Goh dan Pengarang Eksekutif, Dorairaj Nadason sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarang Urusan Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai bertanggungjawab menyelia operasi editorial akhbar itu.

Menurut The Star, siasatan dalaman berhubung isu kontroversi itu akan dijalankan tidak lama lagi.

Kata akhbar berkenaan, pengarang dan kakitangan terlibat di Star Media Group akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis bagi membantu siasatan.

Sabtu lepas, akhbar The Star telah menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

The post Dua pengarang kanan The Star digantung tugas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua pengarang kanan The Star digantung tugas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua pengarang kanan The Star digantung tugas"

Back To Top