Gema Semua Maklumat

Exco PAS Selangor akan terus kekal, bertugas seperti biasa

Exco PAS Selangor akan terus kekal, bertugas seperti biasa

BANGI, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Exco PAS di Selangor akan kekal dan bertugas seperti biasa meskipun PKR mengarahkan semua ahlinya dalam kerajaan negeri Kelantan meletak jawatan serta-merta.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, beliau dan dua lagi Exco masih tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus menggalas jawatan berkenaan dalam kerajaan negeri itu.

“Terpulang kepada dia, perkara itu tiada kaitan dengan kita. Exco dan lantikan politik dari parti PAS di negeri ini akan kekal dan bertugas seperti biasa,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Sebelum ini, PKR mengarahkan semua lantikan politik parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta-merta selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Ia susulan selepas PAS mengambil keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR serta-merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.

The post Exco PAS Selangor akan terus kekal, bertugas seperti biasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Exco PAS Selangor akan terus kekal, bertugas seperti biasa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Exco PAS Selangor akan terus kekal, bertugas seperti biasa"

Back To Top