Gema Semua Maklumat

Guna tangan kanan: Video teguran Raja Salman kepada Trump tular

Guna tangan kanan: Video teguran Raja Salman kepada Trump tular

BANGI, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Kunjungan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Arab Saudi termasuk pertemuannya dengan lebih 50 pemimpin dari negara Arab dan Islam menjadi perhatian masyarakat dunia.

Pastinya setiap gerak-geri pemimpin yang terkenal dengan pendiriannya sebagai anti Islam itu menjadi tumpuan lensa kamera yang mahu melihat pembawakan dirinya di Arab Saudi.

Terbaru, sebuah video amatur menunjukkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menegur Trump dan isterinya, Melania Trump kerana menggunakan tangan kiri ketika minum secawan kopi.

Menerusi video berkenaan, Trump dan Milenia pada awalnya menggunakan tangan kiri sebelum Raja Salman secara spontan menegurnya supaya menukar tangan kanan, sebelum pasangan berkenaan mengubahnya.

Peristiwa itu dikatakan berlaku pada Sabtu lalu, dalam acara khas menyambut kedatangan Trump dalam Sidang Kemuncak Riyadh 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz.

Difahamkan, budaya negara itu akan menghidangkan secawan air kopi sebagai menyambut tetamunya.

Aksi spontan dua pemimpin berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia dengan lebih 12,000 perkongsian.

The post Guna tangan kanan: Video teguran Raja Salman kepada Trump tular appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Guna tangan kanan: Video teguran Raja Salman kepada Trump tular
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Guna tangan kanan: Video teguran Raja Salman kepada Trump tular"

Back To Top