Gema Semua Maklumat

Hanya Sultan Selangor boleh pecat Exco PAS

Hanya Sultan Selangor boleh pecat Exco PAS


KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Hanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa untuk memecat atau mengarahkan Exco PAS meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Exco parti itu akan mengabaikan sebarang arahan meletak jawatan daripada menteri besar.

Ini kerana katanya, Exco dilantik untuk menjalankan tugas atas perkenan sultan, maka mereka tidak akan berganjak selagi tidak diarah berbuat demikian.

Beliau berkata demikian mengulas laporan yang mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meminta 3 exco PAS – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – melepaskan jawatan mereka.

Takiyuddin berkata, Exco PAS tidak akan mengikut arahan Azmin berdasarkan kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

“Selagi Sultan Selangor perkenan 3 exco PAS itu, mereka kekal kerana mengikut Perlembagaan.

“Hanya sultan boleh arah mereka meletak jawatan walaupun mendapat nasihat oleh menteri besar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.

The post Hanya Sultan Selangor boleh pecat Exco PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hanya Sultan Selangor boleh pecat Exco PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hanya Sultan Selangor boleh pecat Exco PAS"

Back To Top