Gema Semua Maklumat

Harga minyak turun lagi

Harga minyak turun lagi

KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Harga runcit siling bahan api bermula tengah malam ini akan mengalami penurunan untuk kesemua jenis minyak.

Menerusi Berita N5 yang disiarkan stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 dilaporkan menjadi RM2.01 seliter, iaitu turun 10 sen berbanding sebelumnya RM2.11 seliter.

Manakala harga siling untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.29 seliter, juga turun sebanyak 10 sen berbanding sebelumnya RM2.39 seliter.

Selain itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel pula diumumkan RM1.95 seliter iaitu turun sebanyak 13 sen berbanding RM2.08 seliter sebelumnya.

Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 11 Mei sehingga 11. 59 malam 17 Mei depan.

The post Harga minyak turun lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga minyak turun lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga minyak turun lagi"

Back To Top