Gema Semua Maklumat

Isu hon kereta: Polis minta henti provokasi

Isu hon kereta: Polis minta henti provokasi

KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1438H, Sabtu – Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak membuat provokasi berhubung kekecohan ketika solat Jumaat di Austin Perdana, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang memperbesarkan isu berkenaan.

Ia berikutan dilihat ramai yang cuba memuat naik pelbagai komen berunsur provokasi di media sosial sehingga mengundang kepada perbalahan kaum.

“Berhentilah buat spekulasi dan komen provokasi. Serahkan kepada polis biar kita jalankan siasatan.

“Sesiapa yang ingkar dan terus membuat provokasi dengan memuat naik mesej serta komen berbaur perkauman di media sosial, kita tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya dipetik Berita Harian.

Khalid berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan memberi amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti berbuat demikian atau berdepan tindakan undang-undang.

Semalam tular video yang memaparkan lelaki Cina dan pasangannya membuat provokasi apabila membunyikan hon tanpa henti ketika jemaah sedang solat Jumaat.

Kemudian, pemandu itu dikejar orang ramai sebelum beberapa kali cuba berundur dengan laju sehingga hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain. Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai dilihat memukul kereta dan pemandu lelaki itu dengan menggunakan kon.

The post Isu hon kereta: Polis minta henti provokasi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu hon kereta: Polis minta henti provokasi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isu hon kereta: Polis minta henti provokasi"

Back To Top