PADANG TERAP, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru semua guru untuk melaporkan sebarang maklumat sekiranya mengesyaki pelajar mereka terbabit dalam kes jenayah termasuk kumpulan gangster.
Beliau berkata, guru tidak perlu bimbang akan keselamatan mereka sekiranya ingin mendedahkan maklumat itu kerana keselamatan mereka akan dijaga.
“Kita tahu guru ini bimbang keselamatan mereka terancam apabila terdapat pembabitan pelajar dalam kumpulan gangster, sekolah yang dikenal pasti ini kita sudah meminta kerjasama polis untuk membuat lawatan lebih kerap berbanding sekolah lain.
“Seperti sekolah di Klang, Selangor dan Sungai Petani, pihak polis akan ke sekolah terbabit dengan lebih kerap…bagi sekolah lain, sekiranya guru ada menghidu kegiatan ini dalam kalangan pelajar mereka, kita mahu mereka bincangkan dalam mesyuarat dan maklum kepada polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Projek Baiti Jannati Peringkat Negeri Kedah di Kampung Kubang Juluk, Naka di sini, hari ini.
Pada masa sama, Mahdzir memaklumkan, menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pegawai Perhubungan Sekolah yang dilantik akan membuat lawatan lebih kerap ke sekolah yang mempunyai pelajar yang disyaki terbabit dengan kumpulan samseng.
Beliau juga berkata, kementerian tidak akan melindungi pelajar yang terbabit dengan kumpulan gangster ini.
“Kita akan mendapat laporan penuh daripada polis mengenai pelajar yang ditahan dan kedudukan (jenis tuduhan) pelajar yang dihadapkan ke mahkamah…selepas mendapat laporan daripada polis kita akan keluarkan kenyataan.
“Namun bagi kementerian, apabila mereka terbabit dengan elemen gangster bermakna mereka ini tak mahu sekolahlah…saya tak mahu cakap lebih tapi mereka ini dianggap tak mahu sekolah,” katanya.
Jangan sembunyi maklumat jika tahu pelajar terbabit kumpulan gangster: Mahdzir

The post Jangan sembunyi maklumat jika tahu pelajar terbabit kumpulan gangster: Mahdzir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jangan sembunyi maklumat jika tahu pelajar terbabit kumpulan gangster: Mahdzir
0 Komentar untuk "Jangan sembunyi maklumat jika tahu pelajar terbabit kumpulan gangster: Mahdzir"