Gema Semua Maklumat

Jurutera TNB didakwa terima suapan lebih RM40,000

Jurutera TNB didakwa terima suapan lebih RM40,000

KOTA BHARU, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Seorang jurutera Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengaku tidak bersalah menerima rasuah wang tunai dan barangan berjumlah lebih RM40,000 daripada dua kontraktor.

Tertuduh, Mohd Asrul Hisyam Setapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan 16 pertuduhan ke atasnya.

Mohd Asrul didakwa menerima rasuah dalam bentuk wang tunai, jam tangan, telefon bimbit dan barangan lain bernilai lebih daripada RM40,468 antara April dan Ogos tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah nilai suapan mengikut Seksyen 24 (1).

Hakim Adli Abd Ghalid menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes itu.

The post Jurutera TNB didakwa terima suapan lebih RM40,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jurutera TNB didakwa terima suapan lebih RM40,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jurutera TNB didakwa terima suapan lebih RM40,000"

Back To Top