IPOH, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Hukuman buang sekolah terhadap pelajar yang membuli memang wajar dikenakan berikutan kes berkenaan semakin kritikal.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, meskipun tiada laporan membabitkan kes buli di negeri itu, namun tindakan itu perlu bagi menangani masalah yang semakin berleluasa.
“Walaupun peraturan untuk tangani kes buli di sekolah sudah ada tetapi kejadian itu masih berlaku dalam kalangan murid.
“Kebanyakan kejadian buli ini berlaku di kawasan sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas saranan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa hukuman paling berat perlu dikenakan terhadap individu yang didapati terlibat dengan kegiatan buli.
Mahdzir berkata, hukuman itu perlu bagi mengelakkan ia terus berulang pada masa depan.
The post Memang wajar hukuman pembuli dibuang sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Memang wajar hukuman pembuli dibuang sekolah
0 Komentar untuk "Memang wajar hukuman pembuli dibuang sekolah"