Gema Semua Maklumat

KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab

KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab

BANGI, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar The Star untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung isu penyiaran muka depan bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” yang disertai dengan gambar umat Islam sedang bersolat Tarawih pada 27 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, tempoh itu diberikan bagi mendapatkan penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, termasuk digantung permit penerbitan.

Dalam kesempatan itu juga, beliau mewakili pihak kementerian mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Pagi tadi, empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star dilaporkan hadir di KDN dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas.

Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.

Mereka tiba pada 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

The post KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab"

Back To Top