Gema Semua Maklumat

Maut tak sempat berbuka bersama keluarga

Maut tak sempat berbuka bersama keluarga

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

HULU LANGAT, 3 Ramadan 1438H – Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Hulu Langat di hadapan bazar Ramadan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua sebentar tadi.

Menurut saksi, Mohd Halme Anan, 30, yang berasal dari Sungai Chua, Kajang yang menunggang motosikal menuju arah ke Cheras bertembung dengan kereta Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan yang membelok masuk ke IKBN.

Kereta Perodua Viva yang bertembung dengan motosikal mangsa

Mohd Halme dikatakan tinggal menyewa bersama keluarga di sebuah rumah berdekatan tempat kejadian.

Anggota Balai Polis Batu 14 Hulu Langat, Mohd Akmal Mat Yusof ketika ditemui Ismaweb berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam empat petang dan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian .

Menurut kakitangan IKBN, Muhammad Ridwan Mohd Yusuf, sebelum kejadian, mangsa telah menghantar keretanya ke IKBN untuk dicat.

“Saya baru kenal dia (mangsa) baru kejap tadi. Dia hantar kereta untuk dicat baru di bengkel.

“Tak lama selepas itu, saya diberitahu rakan ada kemalangan di depan. Saya datang lihat dan terkejut dia yang kemalangan,” katanya.

Motosikal dinaiki mangsa

The post Maut tak sempat berbuka bersama keluarga appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Maut tak sempat berbuka bersama keluarga
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Maut tak sempat berbuka bersama keluarga"

Back To Top