Gema Semua Maklumat

Felcra tidak keberatan ambil warga Rohingya bekerja

Felcra tidak keberatan ambil warga Rohingya bekerja

SEGAMAT, 19 Zulhijjah 1438H, Ahad – Felcra Berhad (Felcra) tidak keberatan untuk mengambil etnik Rohingya bekerja di ladang mereka sekiranya dibenarkan berbuat demikian.

Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Datuk Dr Baharum Mohamed berkata, syarikat itu memerlukan kira-kira 3,000 pekerja setiap tahun termasuk pekerja asing
dan tidak menolak untuk menerima etnik yang tertindas itu juga.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya mendapat khidmat pekerja dari Indonesia dan Bangladesh bagi menampung keperluan di ladang.

“Apa pun Felcra mengambil sikap terbuka dalam hal ini asalkan ianya mampu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak selain menghormati apa juga keputusan kerajaan.

“Jika ini benar-benar berlaku, sedikit sebanyak mampu membantu Felcra serta agensi lain di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti Risda untuk mendapatkan tenaga
kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inspirasi Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen di sini sebentar tadi.

The post Felcra tidak keberatan ambil warga Rohingya bekerja appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Felcra tidak keberatan ambil warga Rohingya bekerja
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Felcra tidak keberatan ambil warga Rohingya bekerja"

Back To Top