Gema Semua Maklumat

Kementerian Pelajaran sedia garis panduan bantu kesan pelajar murung

Kementerian Pelajaran sedia garis panduan bantu kesan pelajar murung

JOHOR BAHRU, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Kementerian Pelajaran sedang mempersiapkan garis panduan tambahan untuk membantu sekolah mengesan pelajar yang mengalami kemurungan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, garis panduan itu akan membantu pengetua dan guru besar dalam menentukan tindakan yang bersesuaian diambil jika pelajar didapati mengalami tekanan.

“Ia adalah satu perkara yang serius, dan semua pihak perlu mengambil perhatian terhadap masalah ini. Kita meminta guru besar sekolah dan pegawai pendidikan daerah untuk memberi perhatian terhadap tingkah laku pelajar.

“Sebagai contoh bagaimana seorang guru melihat perkembangan murid dalam peralihan ke dari tahun satu ke tahun dua. Jika terdapat unsur-unsur kemurungan perlu dirujuk kepada kaunselor atau ibu bapa perlu dipanggil ke sekolah untuk perbincangan,” katanya.

Mahdzir berkata demikian sebagai mengulas kes seorang murid Tahun Enam yang ditemui menggantung diri di sebuah rumah di Felda Cahaya Baru Masai pada Rabu lalu, dipercayai akibat masalah kemurungan.

The post Kementerian Pelajaran sedia garis panduan bantu kesan pelajar murung appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian Pelajaran sedia garis panduan bantu kesan pelajar murung
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kementerian Pelajaran sedia garis panduan bantu kesan pelajar murung"

Back To Top