JOHOR BAHRU, 17 Syaaban 1438H, Ahad – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk memantau sekolah tahfiz swasta di negara ini kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Ini kerana, katanya, kebanyakan sekolah tahfiz swasta dibuka sama ada oleh individu atau badan yang ditubuhkan untuk menyelia kesejahteraan umat Islam.
“Mereka tidak berdaftar dengan kementerian dan ada sebahagian daripada mereka tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam negeri masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai insiden terbaharu apabila seorang murid berusia 11 tahun didakwa dipukul dengan hos oleh seorang guru agama warga Indonesia di sebuah sekolah tahfiz di Batang Kali, Selangor.
Mengulas lanjut, katanya, kementerian hanya mempunyai kuasa untuk memantau sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama kebangsaan dan sekolah mubaligh.
“Kita tidak boleh pergi ke sekolah tahfiz swasta dan memberitahu mereka cara untuk beroperasi kerana kementerian tidak membayar gaji tenaga pengajar dan kakitangan sokongan mereka,” katanya.
Beliau menjelaskan, kementerian hanya boleh membuat pertemuan dan memberikan nasihat kepada institusi berkenaan.
The post Kementerian Pendidikan tiada kuasa pantau sekolah tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian Pendidikan tiada kuasa pantau sekolah tahfiz
0 Komentar untuk "Kementerian Pendidikan tiada kuasa pantau sekolah tahfiz"