Gema Semua Maklumat

Keputusan bedah siasat kedua diketahui dua minggu lagi

Keputusan bedah siasat kedua diketahui dua minggu lagi

KUALA LUMPUR, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Keputusan bedah siasat kali kedua pelajar tahfiz, Muhammad Thaqif Amin Mohd Ghadafi, 11, dijangka diketahui dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Katanya, pasukan forensik patalogi memerlukan maklumat tambahan berhubung punca kematian kanak-kanak itu, menyebabkan terpaksa menggali semula kubur Thaqif dengan kebenaran daripada polis dan mahkamah.

“Saya ingat daripada segi pemeriksaan mayat sudah lengkap, (cuma) mereka (pasukan forensik patalogi) tak sangka dia (Mohamad Thaqif) meninggal dunia.

“Ketika pembedahan memotong kaki, dia masih hidup. Selepas itu, malangnya budak itu meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, petang semalam kubur Thaqif digali semula untuk mendapatkan sampel kaki Allahyarham bagi tujuan siasatan lanjut.

Mohamad Thaqif meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, sebelum pihak hospital menjalankan pembedahan memotong tangan kanannya yang dipercayai djangkiti kuman.

Kes Allahyarham mendapat perhatian umum apabila dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.

The post Keputusan bedah siasat kedua diketahui dua minggu lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keputusan bedah siasat kedua diketahui dua minggu lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keputusan bedah siasat kedua diketahui dua minggu lagi"

Back To Top