Gema Semua Maklumat

Kerajaan kaji guna poligraf sebagai mekanisme banteras rasuah penjawat awam

Kerajaan kaji guna poligraf sebagai mekanisme banteras rasuah penjawat awam

SERDANG, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan, kerajaan akan mengkaji penggunaan poligraf sebagai salah satu mekanisme pencegahan bagi menangani isu rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Ali Hamsa menjelaskan, poligraf lazimnya digunakan di peringkat siasatan dan bukan perjawatan, namun ia boleh diberi pertimbangan sebagai usaha berterusan mencegah rasuah.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya bersedia menerima cadangan berhubung penggunaan alat itu sebagai antara inisiatif memperkukuhkan integriti agensi kerajaan.

“Pada peringkat awal, sukar untuk kita mengesan tahap integriti seseorang walaupun sudah melalui pelbagai tapisan.

“Ia biasanya dikesan selepas beberapa tahun berkhidmat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya dilaksanakan ujian poligraf bagi mencegah dan mengumpul bukti kegiatan salah laku penjawat awam.

Mengikut rekod SPRM, seramai 169 penjawat awam dan 178 orang awam ditahan kerana rasuah dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

The post Kerajaan kaji guna poligraf sebagai mekanisme banteras rasuah penjawat awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan kaji guna poligraf sebagai mekanisme banteras rasuah penjawat awam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan kaji guna poligraf sebagai mekanisme banteras rasuah penjawat awam"

Back To Top